Apa pun saya perkenalkan diri dulu laa, saya Zalisma Ismail aka Kak Imah, telah mem'baking' since tahun 2008 secara serius.Yg membuatkan saya tetiba terjun dalam dunia kek dan pastri ini adalah anak bongsu saya Danish Imran yg sejak bayi tidak boleh makan bubur nasi or nasi. Since 6 month old dia makan Nestum Beras Merah, lps setahun kelahiran (2007) dia suka makan makaroni sup, kek, bun, puding dan kuih talam. Alang2 kena beli benda2 tu ( dah laa mahal, jauh plk tu nak cari sampai ke Tampin) saya telah tekad utk belajar secara serius bidang kek dan pastri, termasuk lah segala jenis kuih talam dan puding. Dah belajar macam2 kenalah buat, kan.! Dari buat utk Danish Imran dan ahli keluarga sendiri dah bagi jiran2 rasa pulak. Bila jiran2 dan sedara mara dah rasa, dia org bg feedback kata sedap..uhmmm, sukanya alhamdulillah,air tangan menjadi dengan izin Allah.So mulalahh saya ambik order dr jiran dan kawan2. Sedara dekat dan jauh.hehehe.Sampai laa Ogos 2008, saya pun pegi lahh SSM, daftar company. Tertubuhlah DANISH BAKERS secara rasminya. Diambil sempena nama anak bongsu saya yg menjadi pencetus rezeki saya dalam bidang Bakery ini. Ada jugak yg bertanya, anak lain tak iri hati ke. Ikut mata hati saya, setakat nii kesemua 4 org kakak dan abangnya tak nampak sikit pun iri hati (nama je pun bukan ada saham ke apa :-)
Sayalah Danish Imran..!!!
Ogos 2008 hingga February 2011 kami beroperasi dari rumah, pelanggan yg mulanya hanya dari kawasan sekitar dah meluas ke luar. Ditambah pula promosi dalam facebook, Danish Bakers mula mendapat sambutan. Atas sokongan yg sgt kuat dari sahabat terdekat, Shukria Dollah dan Zubaidah Abd Rahman (jutaan penghargaan utk korang berdua) Mac 2011 kami berpindah operasi ke bangunan kedai yg lebih besar dan selesa... ALHAMDULILLAH syukur yang amat sangat, kini dah masuk tahun ke 5. In shaa Allah, kami akan cuba sedaya upaya utk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pelbagaikan lg produk keluaran kami.
Saya juga mula ada masa utk update dan upload apa2 yg perlu utk blog DANISH BAKERS ini sebab dah ada pembantu2 saya yg berkaliber kat bakery.Sekalung penghargaan buat Angah, Zai, Hanis, Atikah dan Haslina. In shaa Allah, mungkin saya akan mula kongsikan resepi2 tertentu di sini. Nantikan ye dan doakan saya berkelapangan...
Tu je utk malam nii, ada izinNya jumpa lg di kesempatan yg lain. Assalamualaikum.